Mulakan Kerjaya Mekanik Anda di FREEWILL AUTO!
Kami sedang mencari MEKANIK yang berkemahiran dan bermotivasi untuk menyertai pasukan kami. Nikmati gaji yang kompetitif (sehingga RM3000), bonus, dan pakej faedah yang komprehensif termasuk uniform, KWSP, SOCSO & insurans.
FREEWILL AUTO SDN. BHD. telah lama berada dalam industri automotif, dengan reputasi yang kukuh dalam menyediakan perkhidmatan pembaikan yang terbaik. Kami mementingkan kepuasan pelanggan dan berpegang teguh kepada nilai profesionalisme.
Dengan menyertai FREEWILL AUTO, anda akan menjadi sebahagian daripada pasukan yang dinamik dan akan diberi peluang untuk mempelajari pelbagai jenis teknologi dan kemahiran.
Syarat-syarat:
- Berumur 21 tahun atau lebih
- Boleh membaca dan menulis
- Mempunyai sijil SKM2/SKM3
- Mempunyai lesen memandu yang sah
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Mohon dalam talian: www.freewillauto.com.my atau hadir temuduga terus di No. 3, Jalan Jemuju Satu 16/13A, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.
Hubungi:
- Pengurus: Ts Hj Adenan: 019-2244490
- Admin: Luqman Hakim: 019-3044225