LATAR BELAKANG SYARIKAT

FREEWILL AUTO SDN BHD

Syarikat Freewill Auto Sdn Bhd adalah milikpenuh Bumiputra yang terdiri dari pekerja bumiputra. Mereka semua ini bukan sahaja berkelulusan dalam bidang automotif tetapi juga berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan.

Melalui pengalaman, Freewill Auto sangat berbangga kerana sentiasa mendapat peluang dan kepercayaan dari ramai pelanggan.

Memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan khasnya dalam masa yang sangat singkat penting bagi Freewill Auto dan kita telah buktikan dapat memenuhi kepuasan sebahagian besar pelanggan kita.

Bengkel kami dilengkapi dengan peralatan terkini yang mencukupi untuk membuat pembaikan kenderaan dan jentera, malah peralatan untuk kerja-kerja kejuruteraan juga kami sediakan.

Keselamatan kenderaan pelanggan amat kami titik beratkan, di mana bengkel kami dikawal oleh pengawal pada malam hari dan diawasi oleh CCTV melalui internet.
Qualiti kerja, kebersihan dan tahap profesional sentiasa menjadi amalan para pekerja. Adalah menjadi amalan juga kepada syarikat menjaga kebajikan dan mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan mesra pelanggan. 

sejarah penubuhan syarikat

Syarikat Freewill Auto telah ditubuhkan pada August 2003. Syarikat telah diasaskan oleh Ts. Hj Adenan Che Weel, graduan melayu yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal.

Pengasas banyak menimba pengalaman dari syarikat Multinasional sebelum memulakan perniagaan ini. Di antara majikan pengasas adalah UMW-Toyota dan Ford Motor Company.

Pada awal perniagaan pengasas hanya menjadi ejen penender kepada jabatan kerajaan , membuat technical training & special vehicle body conversion design/drawing.

Oleh kerana banyak permintaan bagi penjualan kenderaan dan juga permintaan untuk ubahsuai badan kenderaan, dan juga pembaikan kenderaan dari pelanggan, maka kami telah menyewa kilang satu setengah tingkat Seksyen 16, Shah Alam.

Pada tahun 2007, syarikat telah membuka cawangan pertama di Kota Bharu, Kelantan dengan aktiviti perniagaan yang sama seperti di Shah Alam.

Kini, kami amat berbangga kerana melalui kekuatan 35 pekerja yang berdedikasi kami boleh membaiki dan menyelenggara purata 300 buah sebulan dan dapat mencapai sasaran jualan tahunan sebanyak tiga juta.

Cara Kerja Kami

Setiap Tahap diselesaikan dengan Berhemah

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

Konsultasi Masalah

Kami berbincang dengan pelanggan berkaitan masalah yang dihadapi.

Proses Baikpulih

Pembaikan kenderaan dijalankan penuh teliti dan profesional.

Pelanggan Berpuashati

Kenderaan selamat digunakan dan pelanggan berpuas hati.

Kami sentiasa bersedia untuk menyelesaikan semua masalah automotif anda.

Kami Sentiasa Berikan Yang Terbaik Kepada Pelanggan

Kami komited untuk sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami dengan perkhidmatan berkualiti dan pengalaman yang memuaskan.
Team Kami

Berpengalaman Baikpulih Pelbagai Jenama Utama

Langgan Buletin Emel

Dapatkan berita terkini dan tawaran istimewa dengan melanggan buletin kami!

Tentang Kami

Syarikat Freewill Auto Sdn Bhd adalah milik penuh Bumiputra yang terdiri dari pekerja bumiputra. Mereka semua ini bukan sahaja berkelulusan dalam bidang automotif tetapi juga berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan.

Waktu Operasi

Web Design by eWallz

Copyright © Freewill Auto Sdn. Bhd.